ok, sejak kebelakangan ni, aku asyek dok tulis pasal perpisahan je, so kite tolak ketepi kejap, kejap je yeh? ...
aku sbnrnye nak tulis pasal satu bende ni, bende ni pasal diri aku dan juge pasal orang len gak (mesti la ade kene mengena dgn aku, dah name blog aku kan??) ok, aku mengaku, aku ni seorang yg sgt pemalas, bak kate ibuku, cam lembu, sebat sekali, jalan selangkah, sebat lagi sekali, langkah la lagi sekali.. tapi cita-cita aku tinggi, melangit haaa... kekadang tu tak logik pon! tapi aku ni memang begitu, cita-cita tinggi, tapi usaha takde, boleh dikategorikan sebagai angan-angan je la haha!
aku kagum dengan orang yang bersemangat kental. contohnya, Adib and epul, rakan2 medikku.. kelas pukul lapan pagi tak ditinggalkan, pada waktu mereka menelaah, aku sedang berpoya-poya, takpon, sedang lena diulik mimpi. Apabali mereka dapat markah cemerlang, aku sedih, tapi salah siapa? bukan salah mereka, salah aku jugak, sape suruh malas? jadi aku pun bersemangatlah, semangat kental waja, pada waktu ini jikalau turun raksaksa otromen mau merampas buku teks medic dari genggamanku, akan ku juang hingga ke titisan terakhir.. tetapi, selalunya, smue ini hangat2 tahi ayam sahaja. dua-tiga hari kemudian, semuanya hilang. kenapa? aku tak nak jadi doktor yang bagus kah? aku taknak jadi doktor yang mampu menyelamatkan nyawa orang kah? aku mahu! SANGAT SANGAT MAHU!!!! untuk merasai kebahagiaan menolong orang, menyelamatkan orang, melihat kegembiraan orang apabila mereka sembuh... aku mahu semua itu, tapi usaha? entah ke mana.. kadangkala aku tak paham ape yang aku lakukan... apabila ada masa terluang, aku berjalan2 di rundle mall seorang, memerhati gelagat orang, aku menganalisa orang-orang yang terdapat di rundle mall, tetapi, aku gagal memerhati dan menganalisa diri sendiri..
Kalau malas belajar, mungkin ramai yang mempunyai masalah yang sama. tetapi aku ni pelik sikit. bukan setakat malas belajar, dalam hobby aku pon aku malas! ape nak jadi ni?? dahulu aku minat bermain gitar, bapak aku tak bagi, aku pon ikot la, kate bapak takkan tanak ikot kan? tapi lame2, bila aku sudah ke luar negara, bapak aku mengizinkan aku membeli gitar.. tetapi aku berlatih.. sekali due sahaja dalam sebulan. kadangkala aku pelik, bukankah aku sangat suka bermain gitar dahulu? aku teruja melihat mereka2 yang bermain dengan handal, contohnya, rakan sebiliku sendiri, din, gigih berlatih walaupon sudah handal yang melampau.. aku? ... aku hanya suka berangan...
ramai lagi nama-nama yang boleh ku sebutkan dalam post ini, smue rakan2ku mempunyai minat dan talent yang tersendiri, dan smuanya gigih dalam setiap bidang yang mereka handal. tetapi aku tetap average. peajaran aku average, kepandaianku average, karismaku average, perwatakanku average, badanku average, aku bermain gitar, rugby, dan mengambil gambar dengan kualiti average... aku percaya Allah mencipta setiap orang dengan kehebatan tersindiri, tetapi aku masih mencari, mungkin ini apa yang mereka katakan, 'mencari identiti'. atau mungkin aku handal dalam menjadi orang yan average dalam segalanya? mungkin juga.. secubit dari guni bidang segalanya. mungkin? mungkin.... :)
7 comments:
oh acis~
insaf sekejap selepas membaca post ini..
=|
mau berubah la~
[hangat2 tahi ayam mungkin..?]
hahahhaa! ni post yang menginsafkan ke? aku rasa ini hanya sebagai satu post luahan hati yang sedang mencari identiti ;)
Ya Capik...
Sedih je baca rintihan mu ini...
Usah risau, penyakit malas itu ada dalam setiap manusia... dan kadang-kadang, agak susah untuk membasmi kotoran itu.
Anyhoots.
What I mean to say is, I so know what you mean, but chillaxlah brader, it happens you know. Yang penting tak malas sembahyang dan ingat kat Tuhan, and maybe in that you will be rajin-rajin untuk buat bende lain juga, seperti menelaah dan meningkatkan prestasi diri; contohnya bermain gitar dan bersukan dan bersenam-senam.
Satu tip penting... kurangkan makan... I think that's very true... The more you eat, the lazier you become...
<-- Terer pulak aku nasihat orang hahaha padahal diri sendiri Raja Mim Alif Lam Sin lol.
:) Hope you're doing goodie :)
LOL! my writing must really suck, does everyone think this post is in a sad depressing mood? hahaha! this is just some random rambling!! i was smiling when I wrote this, I must be so childish that when I write about serious stuff everyone thinks I'm depressed hhahhaha! but thanks for the advice maz :D
stendet r
good post ;)...
hahah.. terasa plak ak..
weh rilek a. chill2
Post a Comment